Skip to main content

MEMANG SUSAH NAK UBAH KEBIASAAN...

Ya, susah nak ubah rasa selesa yang ada dalam diri tu. Orang lain hanya mampu beri cadangan dan bimbingan untuk perubahan yang lebih baik.

Tapi hanya diri sendiri je yang boleh bersungguh komited untuk melakukan perubahan dalam hidup masing-masing.


Selagi takde motivasi dari dalam diri sendiri dan tak cipta sebab yang besar untuk melakukan perubahan dalam hidup, maka tiada apa-apa yang akan berubah.

Tapi ironinya, ramai yang berharap perubahan dalam hidup tu berlaku dengan sendiri. Analoginya macam berharap duit jatuh bergolek dari langit atau masak telur tapi harap dapat ayam goreng keluar dari kuali?

Tak nak beri komitmen.
Suka beri alasan.
Suka salahkan orang atau benda lain.
Jadi boleh ke ada perubahan yang lebih baik akan berlaku?


Cuba renungkan apakah perubahan yang dinginkan tapi masih belum lagi dapat dicapai. Di mana silapnya? Tanya semula pada diri sendiri:

Cukupkah komitmen dalam proses pelaksanaan? Kedua-dua usaha dan doa? Atau lebih senang nak tinggalkan di tengah jalan je?

Kami doakan anda semua diberikan kemudahan dalam setiap urusan dan memperoleh rezeki yang diberkati.

Bagi anda yang nak mulakan atau yang nak meningkatkan jualan perniagaan, anda boleh sertai Kursus Bisnes Kebab yang akan berkongsi tentang bagaimana mengurus bisnes anda dengan lebih sistematik dan menjana lebih jualan dan keuntungan.

Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...