Semua orang pasti nakkan kebebasan kewangan dan masa. Ya, punya wang yang banyak bersama-sama dengan masa luang untuk melakukan kegiatan bersama keluarga dan berbakti kepada masyarakat.
Bagaimana untuk mencapainya? Harini min kongsikan beberapa langkah yang boleh anda pertimbangkan untuk mencapai hari yang lebih baik dalam kehidupan anda.
1. KENALPASTI TAHAP KEWANGAN SEDIA ADA
Anda tidak boleh mencapai kebebasan kewangan tanpa mengetahui titik permulaan anda. Lihat berapa banyak hutang dan simpanan wang yang anda miliki. Ini akan membantu anda untuk bersikap lebih realistik.
2. TULISKAN MATLAMAT ANDA
Mengapa anda memerlukan wang?
Adakah anda ingin menyelesaikan hutang untuk kebaikan? Adakah anda terdesak untuk berhenti kerja?
Adakah anda sangat ingin melancong ke tempat yang diidam-idamkan?
Adakah anda perlu menyimpan untuk melangsungkan perkahwinan, pendidikan anak-anak, atau untuk bekalan semasa tempoh persaraan?
Matlamat yang berkait dengan anda secara emosi akan menguatkan kehendak anda untuk mencapainya.
3. BERTINDAK UNTUK MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN
Sekarang cuba anda bandingkan, adakah hutang sedia ada lebih banyak dari gaji yang anda perolehi?
Atau sekiranya gaji anda'cukup-cukup makan', adakah anda teringin untuk menyelesaikan hutang anda dengan lebih cepat?
Jika anda serius tentang kebebasan kewangan, anda perlu MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA yang anda ada.
Sesetengah kajian menunjukkan anda perlukan 7 jalan sebagai sumber pendapatan. Sekiranya anda sudah mempunyai satu pekerjaan tetap, TAHNIAH! Anda hanya perlu 6 sahaja lagi untuk mencapai impian anda.
Untuk anda yang nak menjana pendapatan tambahan dengan memulakan dan meningkatkan jualan perniagaan kebab, anda boleh sertai Kursus Bisnes Kebab yang akan berkongsi tentang bagaimana mengurus bisnes anda dengan lebih sistematik dan menjana lebih jualan dan keuntungan.
Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment