Skip to main content

APAKAH PROMOSI TERBAIK YANG BOLEH MEMBANTU MENJANA JUALAN KEBAB DI MUSIM PERAYAAN?

Ramai peniaga kebab beranggapan bahawa pengurangan harga merupakan strategi terbaik untuk membantu menarik perhatian dan menjana jualan lebih banyak.


Sebagai seorang peniaga, tahukah anda bahawa PROMOSI dapat dilakukan berdasarkan perilaku pelanggan:

1. Pelanggan yang tidak peduli dengan promosi. Pelanggan dalam golongan ini sentiasa mempunyai wang dan tidak peduli dengan promosi yang ditawarkan.

2. Pelanggan yang sentiasa ambil peduli tentang promosi semasa. Golongan pelanggan ini akan mengambil peluang untuk membeli sekiranya terdapat promosi potongan harga 10-15%.

3. Pelanggan yang hanya akan membeli ketika ada promosi ditawarkan. Mereka tidak akan membeli sekiranya tiada promosi ditawarkan.

4. Pelanggan yang hanya akan membeli sekali sekala. Golongan ini hanya akan membeli ketika hari istimewa seperti Majlis Keraian - Majlis Ulang Tahun, Majlis Hari Guru dan sebagaimanya.

Sebagai kesimpulan, adakah pengurangan harga merupakan promosi terbaik di dalam industri makanan kebab ni?

TIDAK

Mengenali SIAPA SASARAN PELANGGAN dan membuat tawaran yang kreatif berdasarkan profil mereka adalah lebih berkesan berbanding dengan pengurangan harga semata-mata.

Jelas ke jelas?

Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana penjanaan jualan kebab ni boleh menjadi lebih meriah?

Bagi anda yang nak mulakan atau yang nak meningkatkan jualan perniagaan, anda boleh sertai Kursus Bisnes Kebab yang akan berkongsi tentang bagaimana mengurus bisnes anda dengan lebih sistematik dan menjana lebih jualan dan keuntungan.

Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...