Skip to main content

BAGAIMANA NAK ADA KEMAHUAN YANG KUAT?


Diantara faktor lain yang menyebabkan matlamat tidak dapat dicapai adalah kerana tidak mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk mencapai matlamat tersebut.

Sukar untuk merealisasikan matlamat sekiranya masih ada perasaan "Takpelah, nanti dulu... Aku malas nak buat lebih. Aku masih ok dan rasa selesa dengan keadaan sekarang... "

Tiada kemahuan bermaksud tiada tindakan yang bakal mengubah apa-apa dalam hidup.


Jom semak apa yang boleh dilakukan untuk mencipta keinginan yang kuat bagi mencapai matlamat dan cita-cita tu.

1. TINDAKAN YANG PANTAS
Terus lakukan tindakan terhadap perkara yang penting yang akan menghasilkan hasil maksima dalam masa 15 minit pertama anda terfikir untuk melakukannya. Ini adalah kerana impuls untuk bertindak akan berkurang sekiranya telah melepasi waktu 15 minit tersebut. Berhenti berlengah dan paksa diri diri untuk bertindak dengan pantas.

2. MATLAMAT YANG REALISTIK
Meletakkan matlamat yang berada di luar kemampuan akan menyebabkan diri berputus asa apabila ianya tidak dapat dicapai. Pecahkan matlamat tahunan kepada matlamat bulanan, mingguan dan harian (perkara yang nak dicapai dan tarikh akhir). Analoginya, seekor gajah tidak mungkin akan habis dimakan dalam satu hari. Lupakan seketika tentang seekor gajah ketika sedang makan satu bahagian gajah tersebut.

3. PILIH SATU GANJARAN
Ketika sedang dalam proses mencapai matlamat tersebut, rancang ganjaran yang akan diberikan kepada diri sendiri. Pilih ganjaran yang bersesuaian dengan kemampuan dan hasil kerja yang telah dilakukan.

4. CATAT KEMAJUAN HARIAN
Rekod kemajuan harian hendaklah dicatat supaya ianya sesuai dengan perancangan yang telah dilakukan. Sekiranya tidak sesuai dengan perancangan, kenal pasti masalah yang terlibat dan cuba perbaiki untuk penambahikan proses pelaksanaan yang berikutnya.

5. URUS PEMIKIRAN NEGATIF
Pemikiran yang negatif seperti "Boleh ke aku buat ni..?" "Susah gila nak buat benda ni!" "Kalau aku buat bukan ada apa akan berubah pun" merupakan pembunuh kepada impian dan cita-cita. Bukan orang lain tapi kepercayaan diri yang rendah akan menghambat segala kemajuan untuk mencapai matlamat yang diimpikan. Ubah pemikiran tersebut dengan "BAGAIMANA AKU BOLEH CAPAI MATLAMAT NI?"

Ok ke ok?

Cintailah perkerjaan yang anda lakukan. Apabila anda melakukan perniagaan kebab ni dengan hati yang gembira dan ikhlas, insyaAllah hasil nya lebih positif dan menggembirakan. Have fun and be happy!

Untuk u olls yang nak menjana pendapatan tambahan dengan memulakan dan meningkatkan jualan perniagaan kebab, u olls boleh sertai Kursus Bisnes Kebab yang akan berkongsi tentang bagaimana mengurus bisnes u olls dengan lebih sistematik dan menjana lebih jualan dan keuntungan.

Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M...