Skip to main content

BAGAIMANA NAK DAPATKAN PELANGGAN BARU MEMBELI KEBAB DARI ANDA?


Selain menjual kepada pelanggan sedia ada, peniaga kebab harus sentiasa membuat hebahan dengan konsisten kepada orang ramai untuk menarik prospek yang berpotensi untuk menjadi pelanggan.


Jom semak apakah langkah penting untuk anda ketahui bagi menarik bakal pelanggan yang akan membantu perniagaan anda berkembang.

1. KENAL PASTI PERSONA PEMBELI
Persona pembeli tu apa? Persona pembeli menerangkan siapa pelanggan ideal anda, jenis kehidupan harian mereka, cabaran yang mereka hadapi dan bagaimana mereka membuat keputusan. Ianya penting dalam menjayakan promosi pemasaran perniagaan kebab anda.

2. FOKUS KEPADA BAKAL PELANGGAN YANG BERPOTENSI
Sebagai seorang peniaga, bajet untuk promosi dan pemasaran perlu diselenggaran dengan baik agar keuntungan dapat dimaksimakan. Justeru itu, fokuskan perhatian dan usaha kepada bakal pelanggan yang betul-betul mempunyai potensi membeli dari anda.

3. PROMOSI DAN HEBAHAN YANG KONSISTEN
Terdapat pelbagai laman atas talian yang boleh digunakan bagi membuat hebahan dan menarik bakal pelanggan datang kepada anda. Tahukah anda penggunaan media sosial secara konsisten tanpa menggunakan iklan membayar mampu memberikan 24% jualan tambahan kepada perniagaan?

Dapat sesuatu harini? Nak tau lebih lanjut dan praktiskan terus di dalam kelas bersama kami?

Untuk anda yang nak menjana pendapatan tambahan dengan memulakan dan meningkatkan jualan perniagaan kebab, anda boleh sertai Kursus Bisnes Kebab yang akan berkongsi tentang bagaimana mengurus bisnes anda dengan lebih sistematik dan menjana lebih jualan dan keuntungan.

Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KELEBIHAN PERNIAGAAN KEBAB GAYA ‘STREET STALL’

Secara umumnya, terdapat pelbagai model perniagaan boleh dijalankan bagi perniagaan kebab. Ada yang memilih untuk memulakan operasi di rumah dan menjalankan jualan melalui konsep pra-tempahan dan penghantaran ke rumah atau pejabat. Ada juga yang memilih untuk memulakan perniagaan kebab di tapak pasar malam, pasar pagi atau di tapak persendirian. Terdapat juga beberapa pemilik restoran yang memilih untuk menambah produk jualan kebab di dalam menu jualan mereka. Walaubagaimanapun, majoriti peniaga kebab berada di pasar dan di tapak tepi jalan di mana kos operasi yang lebih rendah di mana secara tidak langsung dapat memaksimakan keuntungan. Keperluan barangan perniagaan lebih rendah berbanding jika mempunyai premis. Dengan hanya sekitar RM3000 hingga RM5000, anda sudah boleh memulakan perniagaan kebab berbanding dengan premis yang memerlukan modal tidak kurang dari RM50,000. Barangan jualan yang fokus pada 1 kategori makanan akan memerlukan pekerja yang minima. Kepe...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...