Skip to main content

KENAPA GAGAL CAPAI MATLAMAT?

Anda dah ada tetapkan matlamat tapi tertanya-tanya kenapa masih tidak mencapainya.
Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini berlaku termasuk:


1. TIDAK YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI

Ramai yang lebih yakin dan percaya dengan apa yang orang lain kata dan bukan apa yang diri sendiri kata. Terlalu memikirkan 'Kalau tak jadi....' 'Nanti orang kata macam ni...' akan menghalang anda mencapai impian yang anda miliki.
Siapa yang akan mempercayai diri sendiri jika bukan anda sendiri yang mula untuk mempercayainya. Hiduplah sekali untuk diri sendiri.

2. TIADA KEMAHUAN YANG KUAT

Nak tapi macam tak nak je. Apabila anda menetapkan matlamat yang salah, anda tidak mempunyai alasan yang cukup kuat untuk dicapai. Oleh itu anda mudah untuk melepaskan impian anda.
Kemahuan anda mestilah lebih penting daripada harta benda dan sama penting dengan udara yang anda nikmati.Sebagai contoh, kebahagiaan keluarga, kebebasan melakukan perkara-perkara yang anda sukai, kebahagiaan anda sendiri dalam memberi sumbangan kepada orang di sekililing anda.

3. TIADA TINDAKAN YANG KONSISTEN DAN PERSISTEN

Satu lagi sebab yang kita gagal untuk mencapai matlamat kita adalah kegagalan untuk bertindak. SUKA MENANGGUHKAN tindakan yang telah dirancang merupakan pembunuh senyap impian anda. Semakin lama anda menunggu untuk bertindak, semakin sukar untuk anda memulakan tindakan.
Adalah mustahil untuk mencapai sebarang matlamat, besar atau kecil, apabila kita gagal bertindak.

U olls yang mana? Min pasti u olls ni semua orang-orang yang yakin dengan diri sendiri dan rajin berusaha untuk mengubah hidup dan membahagiakan keluarga u olls.

Betul kan?

Untuk u olls yang nak menjana pendapatan tambahan dengan memulakan dan meningkatkan jualan perniagaan kebab, u olls boleh sertai Kursus Bisnes Kebab yang akan berkongsi tentang bagaimana mengurus bisnes u olls dengan lebih sistematik dan menjana lebih jualan dan keuntungan.

Hubungi +6012-6094643 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

7 CARA UBAH RASA TAKUT KEPADA KEJAYAAN

Rasa takut merupakan perasaan yang normal bagi seseorang manusia yang mempunyai emosi . Acapkali ketakutan ini adalah disebabkan oleh pengalaman lampau yang tidak menyenangkan . Masalah lampau yang tidak berakhir dengan baik atau pun persepsi negatif terhadap informasi yang diterima akan mewujudkan kesan trauma dan takut dalam diri . Adakah rasa takut harus dihilangkan dan dianggap suatu perasaan yang negatif ? Tidak . Rasa takut yang diurus dengan baik boleh memberi motivasi dalam hidup anda untuk membina kejayaan di masa akan datang .  Berikut merupakan perkongsian bagaimana untuk anda uruskan perasaan takut yang bersarang dalam diri anda . Penafian rasa takut dalam diri hanya akan menyebabkan anda bertambah gelisah dan runsing . Langkah pertama dalam menguruskan rasa takut adalah dengan menerima rasa takut tersebut . Kadangkala rasa takut akan menyelamatkan diri anda ...

5 CARA MENGURUS KHIDMAT PELANGGAN

Setiap perniagaan memerlukan perkhidmatan pelanggan yang baik semasa mereka menjalankan operasi perniagaan. Peningkatan perkhidmatan pelanggan merupakan pelaburan kedua terpenting setelah aktiviti pemasaran untuk menjana jualan. Justeru kemahiran dan mutu sokongan khidmat pelanggan haruslah diberi perhatian agar pelanggan mendapat pengalaman terbaik pada setiap transaksi perniagaan yang berjalan. Pengalaman pelanggan yang diperoleh daripada interaksi mereka bersama anda akan diingati dan dihebahkan oleh mereka secara tidak langsung. Perniagaan yang hebat akan mempunyai hubungan pelanggan yang hebat. Berikut merupakan beberapa tips tentang beberapa cara mengurus perkhidmatan pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lebih baik.  Respon yang cepat diperlukan kerana kebanyakan pelanggan tidak sabar menunggu. Walaupun respon yang diberikan tidak lengkap, kecepatan memberi respon akan memberi gambaran anda memberi perhatian kepada pelanggan and...

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan ...