Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

3 PELAJARAN DARI SIR COLONEL SANDERS UNTUK PENIAGA KEBAB

Pernah dengar cerita mengenai pengasas KFC, Well Colonel Harland Sanders? Sanders dilahirkan pada tahun 1890 di Henryville, IN. Dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal, Sanders melalui pelbagai cabaran sebelum meraih kejayaan yang besar dalam hidupnya. Setelah dipecat dari pekerjaan di sebuah syarikat kereta api, beliau mengasaskan syarikat kapal feri pada tahun 1920. Beliau kemudiannya cuba untuk membuka sebuah syarikat pembuatan lampu namun tidak berjaya. Hanya pada usia 40 tahun dia mula menjual hidangan ayam di stesen servis. Namun, beliau terpaksa menutup perniagaan berikutan Perang Dunia II. Selepas perang berakhir, beliau cuba untuk memfrancaiskan restorannya. Resipi beliau ditolak 1,009 kali sebelum diterima. 'Sander's Secret Recipe' telah menerima sambutan hangat di bawah restoran 'Kentucky Fried Chicken' yang diusahakannya. Selepas bertahun-tahun berjuang dengan kegagalan dan penolakan beliau akhirnya menjual resto

KENAPA PERNIAGAAN KEBAB TERHENTI DI TENGAH JALAN?

Ramai yang nakkan perniagaan untuk kekal bertahan sehingga berpuluh tahun dan berkembang berkali-kali ganda.  Namun tak ramai yang mahu berhadapan dengan penat lelah usaha untuk kemahuan tersebut. Kebanyakannya akan berputus asa, bersikap menyalahkan orang atau perkara lain, tidak mahu bertanggungjawab atas cabaran yang dihadapi. Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita semak agar boleh menguruskan perniagaan kebab anda dengan lebih baik. 1. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT Tidak jelas dengan hala tuju dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dengan kenapa memulakan perniagaan adalah antara faktor yang menyebabkan sesebuah perniagaan kebab berhenti di tengah jalan. 2. TIDAK MERANCANG Tiada perancangan akan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan termasuklah kajian lokasi, kajian pelanggan dan jadual aktiviti pemasaran akan membuatkan perniagaan kebab senang untuk terhenti. 3. TIDAK KONSISTEN BERTINDAK Sekejap rajin, sekejap malas. Baru mempromosikan perniagaan teta

BAGAIMANA NAK DAPATKAN PELANGGAN BARU MEMBELI KEBAB DARI ANDA?

Selain menjual kepada pelanggan sedia ada, peniaga kebab harus sentiasa membuat hebahan dengan konsisten kepada orang ramai untuk menarik prospek yang berpotensi untuk menjadi pelanggan. Jom semak apakah langkah penting untuk anda ketahui bagi menarik bakal pelanggan yang akan membantu perniagaan anda berkembang. 1. KENAL PASTI PERSONA PEMBELI Persona pembeli tu apa? Persona pembeli menerangkan siapa pelanggan ideal anda, jenis kehidupan harian mereka, cabaran yang mereka hadapi dan bagaimana mereka membuat keputusan. Ianya penting dalam menjayakan promosi pemasaran perniagaan kebab anda. 2. FOKUS KEPADA BAKAL PELANGGAN YANG BERPOTENSI Sebagai seorang peniaga, bajet untuk promosi dan pemasaran perlu diselenggaran dengan baik agar keuntungan dapat dimaksimakan. Justeru itu, fokuskan perhatian dan usaha kepada bakal pelanggan yang betul-betul mempunyai potensi membeli dari anda. 3. PROMOSI DAN HEBAHAN YANG KONSISTEN Terdapat pelbagai laman atas talian yang bol

BAGAIMANA NAK ADA KEMAHUAN YANG KUAT?

Diantara faktor lain yang menyebabkan matlamat tidak dapat dicapai adalah kerana tidak mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk mencapai matlamat tersebut. Sukar untuk merealisasikan matlamat sekiranya masih ada perasaan "Takpelah, nanti dulu... Aku malas nak buat lebih. Aku masih ok dan rasa selesa dengan keadaan sekarang... " Tiada kemahuan bermaksud tiada tindakan yang bakal mengubah apa-apa dalam hidup. Jom semak apa yang boleh dilakukan untuk mencipta keinginan yang kuat bagi mencapai matlamat dan cita-cita tu. 1. TINDAKAN YANG PANTAS Terus lakukan tindakan terhadap perkara yang penting yang akan menghasilkan hasil maksima dalam masa 15 minit pertama anda terfikir untuk melakukannya. Ini adalah kerana impuls untuk bertindak akan berkurang sekiranya telah melepasi waktu 15 minit tersebut. Berhenti berlengah dan paksa diri diri untuk bertindak dengan pantas. 2. MATLAMAT YANG REALISTIK Meletakkan matlamat yang berada di luar kemampuan akan men

BAGAIMANA NAK KONSISTEN DENGAN PERNIAGAAN KEBAB?

Selalu rasa nak buat tapi tak konsisten? Promosi buat ala kadar bila datang 'mood' tertentu je? Rasa-rasa hasil dia macam mana? Ala kadar dan ikut 'mood' orang yang kan membeli je lah. Betul ke betul? Nak berubah untuk menjadi lebih konsisten? Ni antara perkongsian dari orang-orang yang dah berjaya dalam bidang masing-masing dengan mempunyai sikap konsisten dalam hidup: 1. TULIS MATLAMAT Kalau dah ada impian, tulis ia dalam bentuk matlamat. Sesuatu yang boleh diukur dan mempunyai had masa untuk anda mencapainya. Matlamat merupakan perkara terpenting yang ditekankan dalam proses menjadi konsisten ni. 2. BELAJAR UNTUK CAKAP 'TIDAK' Dalam kehidupan seharian pasti ada banyak perkara yang akan mengganggu fokus anda dalam anda berusaha mencapai matlamat anda secara konsisten. Belajar untuk mengutamakan dan melakukan perkara yang produktif dan membawa anda lebih hampir kepada matlamat anda. 3. BUAT TINDAKAN WALAUPUN TIADA 'M

KENAPA GAGAL CAPAI MATLAMAT?

Anda dah ada tetapkan matlamat tapi tertanya-tanya kenapa masih tidak mencapainya. Antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini berlaku termasuk: 1. TIDAK YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI Ramai yang lebih yakin dan percaya dengan apa yang orang lain kata dan bukan apa yang diri sendiri kata. Terlalu memikirkan 'Kalau tak jadi....' 'Nanti orang kata macam ni...' akan menghalang anda mencapai impian yang anda miliki. Siapa yang akan mempercayai diri sendiri jika bukan anda sendiri yang mula untuk mempercayainya. Hiduplah sekali untuk diri sendiri. 2. TIADA KEMAHUAN YANG KUAT Nak tapi macam tak nak je. Apabila anda menetapkan matlamat yang salah, anda tidak mempunyai alasan yang cukup kuat untuk dicapai. Oleh itu anda mudah untuk melepaskan impian anda. Kemahuan anda mestilah lebih penting daripada harta benda dan sama penting dengan udara yang anda nikmati.Sebagai contoh, kebahagiaan keluarga, kebebasan melakukan perkara-perkara yang anda suka