Pelaburan untuk usahawan kebab? Boleh ke? Siapa yang kata tak boleh? InsyaAllah boleh sekiranya anda serius menjalankan perniagaan anda. Kenapa mula pelaburan? Setiap manusia mempunyai jangka hayat untuk hidup dan berkerja dalam keadaan yang kuat dan sihat. Justeru pelaburan diperlukan untuk memberikan pendapatan pasif kepada anda semasa anda sudah berada dalam usia yang tidak lagi kuat secara fizikal untuk berkerja. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebagai langkah-langkah untuk anda memulakan pelaburan hasil dari wang pendapatan perniagaan kebab anda. Membuka entiti berdaftar atau mendaftarkan perniagaan anda ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan perkara yang wajib dan perkara asas yang perlu dilakukan untuk semua peniaga. Pendaftaran entiti perniagaan anda dengan SSM akan memberikan perniagaan anda manfaat. Dengan mendaftar dengan SSM anda akan dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan/ syarikat anda untuk jangka m...