Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

APAKAH JENIS PROMOSI YANG BOLEH DITAWARKAN KEPADA PELANGGAN KEBAB SAYA?

Kenapa promosi penting untuk ditawarkan dengan konsisten? Sebab manusia akan bosan dengan barangan dengan harga yang sama sepanjang tahun. Sebab persaingan sengit untuk mendapatkan perhatian pelanggan dan menjana jualan. Sebab anda sebagai peniaga tak mampu untuk rugi. Perniagaan mesti membuat untung. Barulah ianya dinamakan sebuah perniagaan. Kami kongsikan beberapa jenis promosi yang boleh ditawarkan kepada pelanggan kebab anda: ✅  Promosi 'Happy Hour' - pilih waktu tertentu untuk para pelanggan boleh dapatkan tawaran terbaik dari anda! ✅  Pertandingan - anda boleh minta pelanggan anda kongsikan gambar bersama kebab dan menang kebab percuma! ✅  Ganjaran untuk setiap 'LIKE' di sosial media - anda boleh beri kebab percuma untuk setiap 'hubungan' di media sosial. ✅  Ganjaran kesetiaan - tawaran khas buat para pelanggan yang setia membeli dari anda! ✅  Tawaran terhad - beri diskaun atau ganjaran beli ... percuma ... untu

BOLEH KE SAYA NAK MULAKAN PERNIAGAAN KEBAB NI DENGAN RAKAN ATAU KELUARGA SAYA?

Ramai juga yang tanya soalan ni kepada kami. Yelah, kebanyakan yang nak mula ni masih berkerja dan memerlukan perniagaan dijalankan secara berpasangan. Jawapannya memang BOLEH!  Tapi........... Ada beberapa perkara yang mesti dibincangkan sebelum memulakan perniagaan secara kerjasama dengan pihak kedua. Kenapa penting perbincangan antara kedua-dua pihak ni? Sebab banyak masalah akan timbul di tengah perjalanan sekiranya kedua-dua pihak tidak jelas dengan segala aspek perniagaan yang di jalankan. Lepas tu apa akan jadi? Perniagaan gulung tikar dan timbul perbalahan dan putus silaturrahim sesama keluarga atau rakan-rakan. Jadi apakah aspek perniagaan yang perlu dibincangkan tu? Kami kongsikan sikit ya: ✅  Ada perjanjian bertulis yang merangkumi permodalan perniagaan dan pembahagian keuntungan ✅  Kedua-dua pihak akan menerima gaji sekiranya terlibat dengan aktif di dalam perniagaaan ✅  Senarai skop kerja yang berbeza, contoh: pihak A akan menjaga baha

APAKAH CARA PEMASARAN TERBAIK UNTUK JANA JUALAN BERGANDA-GANDA?

Cara pemasaran terbaik adalah cara yang akan membawa pelanggan datang kepada anda dengan pantas! Namun cara ini perlukan tindakan yang pantas untuk menghasilkan jualan dengan pantas. Cara pemasaran terpantas adalah dengan tidak menunggu di belakang mesin kira-kira. Cara pemasaran terpantas adalah untuk anda pergi ke pusat tumpuan orang ramai dan mula membuat hebahan. Hebahan bukan sekadar hebahan, tetapi disertakan dengan promosi yang takkan boleh ditepis oleh bakal pelanggan anda. Itu asasnya. Kami beri contoh ya: Pergi ke pasar pagi berhampiran. Bawa kebab yang sudah siap dimasak dan dibungkus. Tak perlu banyak. 20 bungkus untuk eksperimen. Buka car booth atau gantungkan kebab dan banner yang ada gambar kebab dan promosi pada hari itu sahaja di badan anda. Contoh promosi seperti BELI 4 PERCUMA 1 AIR KOTAK dan sebagainya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Dan JANA JUALAN! Mudah? Ya, yang susah adalah komitmen untuk bertindak. Masih fi

NAK BUAT SAMPAI BILA? BUAT SAMPAI JADI!

SAMPAI JADI Hari-hari bikin cam pertama kali Aku buat lagi Selagi tak jadi, tak sah sampai jadi Uhh, mula dari bawah Ramai orang makan nasi tapi tak pernah pergi sawah Uhh, dulu ku merangkak Sebelum ku lompat tinggi harus pandai kira langkah Tapi ramai orang diorang semua bo je! - Joe Flizzow Amboi min ni. Sekarang semua pun nak letak lagu. Bukan ape, lagu yang bermesej ni banyak maksud untuk pengajaran kita semua. Gitu. Ha, harini min nak kongsikan cabaran yang paling banyak berlaku di kalangan peniaga kebab terutama yang baru nak mulakan perniagaan kebab. Apa tu? DISIPLIN DIRI Ya, tidak berdisiplin antara masalah terbesar yang akan menghambat peniaga tersebut untuk terus bergerak ke hadapan menjadi lebih maju. Yang lagi teruk, dah la tak berdisiplin tapi tak sabar nak jadi kaya cepat? MACAM MANA TU? Cuba baca balik lirik kat atas tu - Ramai makan nasi tapi tak pernah pergi sawah! Duit nak tapi kerja tak nak. Seb

INI CERITA TUAN SA'ARI SETELAH MENERIMA VSS...

Ini tuan Sa'ari, salah seorang peniaga Madina Kebab sejak 2004. Sebelum mula berniaga kebab, beliau berkerja di salah sebuah syarikat swasta. Pada tahun 2002, beliau menerima VSS dan mula mencuba pelbagai perniagaan selama 2 tahun. Sehinggalah pada suatu hari beliau melihat perniagaan kebab yang dijalankan oleh salah seorang rakan. Tapi masa tu rakan beliau membuat kebab sendiri. Beliau mula membeli bahan mentah dan membuat sendiri kebab tersebut dan mula berniaga dengan kereta Nissan Sunny yang beliau ada. Jualan tidak memberangsangkan membuatkan beliau mula mencari bekalan bahan mentah kebab dari sumber lain dan berjumpa dengan Madina Kebab. Setelah mula mengambil bekalan dari Madina Kebab, jualan mula meningkat setiap tahun, sekitar 30-50% peningkatan jualan. "Alhamdulillah keberkatan meniaga kebab dah buat hidup saya dan keluarga selesa. Rumah dah ada, kereta pun makin besar. Saya berharap dan berdoa semoga Madina Kebab dan peniaga kebab yang

RASA TERTEKAN DENGAN PERNIAGAAN ANDA?

Berapa ramai dah cuba macam-macam tapi perniagaan masih macam tu jugak? Sebelum mula menyalahkan orang lain jom semak sama ada selama ni hanya buang masa melakukan perkara yang salah. Antara kesilapan terbesar dalam perniagaan: TIDAK MELAKUKAN PEMASARAN DENGAN KONSISTEN ❌  Tak buat hebahan - sama ada di laman percuma atau iklan berbayar ❌  Tak buat promosi berkala - pelanggan jenuh dan bosan dengan tawaran yang tidak berubah ❌  Tidak kenal siapakah pelanggan setia - membuang masa menjual kepada SEMUA ORANG Kalau orang tak tau kewujudan peniagaan macam mana mereka nak buat keputusan membeli? Dan maksud konsisten bermaksud melakukan hebahan SETIAP HARI, 3 hingga 6 kali hebahan dalam sehari. Jelas ke jelas? Kalau masih tak jelas kami akan bantu dengan lebih lanjut semasa program latihan niaga kebab di Madina Apprentice Program nanti u olls. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga

JUALAN KEBAB DAH LAKU KERAS TAPI.....

Pekerja tiba-tiba buat hal dan pergi meninggalkanku sendiri... Alah sedihnya... Takyah sedih lama-lama. Sekurang-kurangnya jualan laku keras. Paling teruk pun u olls je lah kena turun padang buat dan jual kebab sendiri di kedai. Bersyukur ye u olls... Untuk pekerja yang meninggalkan u olls tu kita boleh cari yang baru. Patah tumbuh hilang berganti. Gitu. Cuma sebelum ambil pekerja baru cuba fikirkan bagaimana untuk melakukan penambahbaikan dalam menarik dan mendapatkan pekerja untuk berkerja dengan u olls? Antara soalan yang u olls boleh semak semula: ✅  Apakah kriteria dan kelayakan yang sesuai untuk pekerjaan yang ditawarkan? ✅  Di mana tempat pengiklanan pekerja harus dilakukan untuk mendapatkan pekerja yang elok tingkah laku dan adabnya? ✅  Dah buat panduan untuk pekerja untuk pelaksanaan proses pekerjaan dengan lebih mudah? ✅  Dah buat sistem ganjaran dan hukuman? ✅  Dah ada sasaran prestasi perniagaan yang harus dicapai? Ya betul, manusia

KENAPA JUALAN TAK LAKU?

Sebelum u olls mengeluh bila jualan tak laku, ada beberapa perkara yang u olls kena semak dulu. Antaranya ialah: ✅  Dah berapa orang tau tentang produk kebab yang u olls tawarkan? ✅  Produk kebab yang u olls tawarkan sesuai ke dengan kemahuan pelanggan? ✅  Apakah tawaran terbaik yang u olls boleh beri kepada pelanggan? "Macam mana nak tau semua tu???" Ha tu lah, min kata kalau tak tau belajar dulu, u olls takmau dengar. Pastu bila tak laku u olls salahkan kebab yang tak bersalah tu. Pastu tukar ke perniagaan lain pulak. Asas berniaga dan menjual sama je u olls. Kalau u olls tak faham asas perniagaan ni, tukarlah perniagaan 10 kali pun , masalah yang sama jugak u olls akan hadapi. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan us

RASA MUSTAHIL NAK JANA JUALAN DARI PERNIAGAAN KEBAB?

Ini merupakan perkongsian jualan dari salah seorang peserta Madina Apprentice Program sesi Januari 2019 baru-baru ini. Asbab melakukan tindakan dengan segera tanpa meragui diri sendiri, Alhamdulillah berjaya menjana jualan lebih dari 100 unit pada hari pertama dan kedua perniagaan. Teknik pemasaran yang digunakan sangat mudah dengan kos yang sangat minima seperti yang dicadangkan oleh kami di Madina Kebab semasa Madina Apprentice Program tempoh hari. Amacam? Bila nak mula hasilkan jualan camni? Bak kata peniaga yang dah 20 tahun meniaga, mereka beri tips: 'Kalau nak niaga, niaga jer! Takyah fikir banyak. Buat je terus!" Gitu. Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan kebab dan jana jualan sehingga mencecah 5 angka seperti peniaga kebab sedia ada, sertai Madina Kebab Apprentice Program. Sebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan t

DIN BUAT JUALAN RM23,000 DALAM MASA 3 HARI DI BAZAR RAMADHAN!

U olls ingat min pernah share cerita Din? Din yang berniaga di bazar Ramadhan dan berjaya memperoleh jualan sebanyak RM23,000 dalam masa 3 hari tu? Pasal cerita Din ni lah min ke na perli-perli haritu. Yang cakap "Jual apa sampai dapat RM23k? Jual kebab sebiji RM100." Ramai jugak yang tanya cemana Din boleh dapat jualan banyak camtu. Kebetulan harini min terserempak dengan Din. So min pun sambung temu bual min dengan dia. Min mengadu la jugak cakap ramai tak percaya dengan cerita dia. U olls tau dia cakap apa? "Memang confirm lah diorang tak percaya sebab bukan diorang yang dapat. Kah kah kah." Gelak besar Din bila dengar min mengadu nasib. So min pun tanya-tanya lagi, acengganer cara Din boleh buat sampai jualan banyak tu. Din cakap dia buka 8 tapak serentak dengan waktu operasi perniagaan dari jam 4 petang hingga 8 malam. Ada sesetengah tapak dibuka semula selepas solat terawih. Tu je Din bagitau sebab dia pun sibu

TAK MUNGKIN NIAGA KEBAB BOLEH JADI KAYA!

Min pelik la... Bila min share kejayaan para peniaga Madina Kebab ada je komen-komen cakap "Ni scam" "Gila, mana pernah orang jadi kaya jual kebab" "Jual kebab RM100 sebiji". Min cuba nak faham kenapa respon mereka ni camni. Hanya kerana mereka tak pernah jual kebab sampai boleh beli rumah, kereta dan pergi melancong so mereka judge kisah-kisah kejayaan ni sesuatu yang tak benar? Min jujur tau.. Penat we olls interview para peniaga Madina Kebab ni sorang-sorang. Atau mungkin komen-komen sebegini datang dari mereka yang sentiasa ada 'self-limiting beliefs'. U olls tau dak self-limiting beliefs tu apa? Maksudnya kita letak had pada kemampuan diri sendiri. Contoh: "Aku takkan kayalah kalau takat jual kebab ni" "Aku takde bakat niaga, confirm rugi kalau bukak kedai" "Aku boleh tengok je orang lain travel oversea sebab income aku boleh pergi pun banyak ni jee.." Maka akan terh

42 CAWANGAN KIOSK KEBAB DALAM MASA 6 TAHUN!

Ini cerita Pak Rudy, salah seorang peniaga Madina Kebab di Semarang, Indonesia. Beliau berjaya mengembangkan perniagaan kebab dari 1 cawangan ke 42 cawangan dalam masa 6 tahun. 18 cawangan merupakan cawangan sendiri, dan 24 cawangan selebihnya merupakan kepunyaan francaisi beliau. Dulu, Pak Rudy merupakan seorang Supervisor di Indomaret, sebuah 'chained convenient store' yang terkenal di Indonesia. Belum mempunyai rumah dan memiliki sebuah  motorsikal untuk pergi dan pulang dari kerja. Beliau melihat potensi perniagaan kebab dari Madina Kebab yang masih 'rare' pada ketika itu dan mengambil keputusan untuk bermula dengan 1 cawangan kiosk kebab dengan dibantu oleh isteri beliau. Berkat usaha dan keberkatan rezeki, beliau berjaya membuka 3 outlet pada tahun pertama dan terus berkembang ke 42 outlet pada hari ini. Sekarang Pak Rudy berjaya memiliki beberapa buah rumah dan kereta hasil dari perniagaan kebab ini. Ini pesan Pak Rudy: 1. Sebagai peniag

JATUH 7 KALI BANGKIT 8 KALI!

Kebanyakan orang sering melihat dan menyanjung kehebatan orang lain yang buat mereka lupa akan kehebatan diri sendiri. Apa beza mereka dan orang lain yang berjaya? Orang yang berjaya fokus akan kekuatan dan kelebihan diri. Mereka yakin dengan setiap tindakan yang dilakukan lama kelamaan akan membuahkan hasil akhir yang manis. Orang yang melihat kehebatan orang lain tanpa tindakan akan kekal melihat kekurangan diri dan tidak yakin untuk bertindak mengubah hidup mereka. Sampai bila nak hidup di dalam bayang ketakutan yang dicipta sendiri? S ampai bila nak menyanjungi kehebatan orang lain hingga asyik benci pada diri sendiri? Bagaimana nak meyakinkan orang lain jika diri tak yakin pada diri sendiri? Anda seorang yang komited untuk lakukan perubahan dalam hidup anda pada tahun ini? Jom sertai kami di Madina Kebab berkongsi ilmu untuk membina keyakinan diri dan mengubah hidup anda. Anda boleh hadir ke Madina Apprentice Program yang berikutnya, s ebu

APA YANG AKAN BERUBAH DALAM HIDUP ANDA TAHUN NI?

Banyak perubahan boleh berlaku dalam masa setahun... Ha,kalau anda nak tau, dengan menjual kebab tray macam kat bawah ni 10 kali sebulan pun dah mampu ubah hidup anda tau. Ubah yang macam mana? ❤️  Jalan-jalan pergi luar negara dengan keluarga ❤️  Tambah simpanan wang untuk beli rumah ❤️  Tambah koleksi emas untuk isteri tersayang ❤️  Belanja mak ayah pergi umrah Best ke? Memang best. Tapi kena mulakan usaha dengan konsisten dulu lah. Nak tau ke macam mana nak mula? Anda boleh hadir ke Madina Apprentice Program yang berikutnya, s ebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.  Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini:  www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab

DAH NIAGA BURGER TAPI NAK TAMBAH MENU KEBAB BOLEH?

Boleh tuan. Sangat digalakkan untuk membuat penambahan menu bagi meningkatkan jualan dalam perniagaan. Peralatan perniagaan yang sama dapat menjimatkan kos operasional dan memaksimakan keuntungan dari jualan yang dihasilkan. Dengan adanya Madina Apprentice Program sebuah program latihan niaga kebab, penjagaan dan pengurusan operasi perniagaan mengikut standar dan panduan akan disediakan bagi memudahkan peniaga dan usahawan kebab khususnya buat pemula perniagaan ini. Nak tahu lebih lanjut tentang bagaimana nak mulakan perniagaan kebab? Anda boleh hadir ke Madina Apprentice Program yang berikutnya, s ebuah program perniagaan kebab selama 3 bulan yang akan membantu dan memantau pemula peniaga dan usahawan kebab baru mahupun sedia ada untuk memulakan dan tambah baik perniagaan kebab mereka.  Klik link website ini untuk kami bantu anda dapatkan tawaran program ini:  www.wasap.my/60126094643/nakniagakebab