Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

APAKAH FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN KEBAB?

Sebelum menggenggam kejayaan, pasti ada cabaran dan kegagalan yang perlu ditempuh terlebih dahulu.  Namun, dengan persediaan yang mecukupi dari segi ilmu dan perancangan perniagaan, anda boleh meneliti dan menganalisis faktor yang dinyatakan agar anda mempunyai sebuah perniagaan kebab yang berjaya. Jom baca faktor terpenting dalam membangunkan perniagaan kebab untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya.  Kebanyakan aspek perniagaan anda bergantung kepada pemasaran yang berjaya. Secara keseluruhan, pemasaran meliputi pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan. Pemasaran adalah proses yang mana produk atau perkhidmatan diperkenalkan dan dipromosikan kepada bakal pelanggan. Tanpa pemasaran, perniagaan anda mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan terbaik dalam industri anda, tetapi tidak ada pelanggan berpotensi anda yang tahu mengenainya.  Tanpa pemasaran, jualan mungkin tiada dan akhirnya akan menyebabkan perniagaan anda ditutup. Kunci kepada pem

OPERASI PERNIAGAAN KEBAB

Secara umumnya, operasi perniagaan kebab merupakan tunjang kedua terpenting selepas proses pemasaran dan penjualan.  Terdapat beberapa aspek penting dalam operasi perniagaan kebab yang perlu diberi perhatian kepada peniaga yang mahu memulakan perniagaan kebab. Penjagaan dan pengurusan operasi perniagaan mengikut standar dan panduan yang disediakan akan memudahkan peniaga dan usahawan kebab khususnya buat pemula perniagaan ini. Pengurusan bahan mentah merupakan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh peniaga dan usahawan kebab.  Selain memastikan bahan mentah sentiasa diperolehi dalam keadaan yang segar dan berkualiti, kuantiti bahan mentah yang sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan perniagaan amat penting untuk memastikan perniagaan tetap berjalan dan mencapai jualan yang dikehendaki. Bahan mentah yang telah dibeli hendaklah disimpan secara teratur dan direkod . Ini bagi memastikan bahan mentah yang dibeli dapat digunakan dengan optima dan m

KENAPA INOVASI PENTING DALAM PERNIAGAAN KEBAB?

Inovasi memberi peluang dan perubahan sesebuah perniagaan untuk tumbuh dan berkembang.  Melalui inovasi sesebuah perniagaan akan berjaya bersaing dan berkembang pesat dalam menghadapi pelbagai keadaan perniagaan dan ekonomi yang merosot dan berubah-ubah. Melalui inovasi, perniagaan akan menumpukan pada nilai tambah yang diberikan kepada sesuatu produk tersebut berbanding produk sejenis yang lain di pasaran, ia mewujudkan nilai yang mempunyai nilai berbeza di kalangan pengguna dan bakal pelanggan. Ini akan mengelakkan keadaan pembuangan harga dan mewujudkan persaingan tidak sihat di kalangan penyedia perniagaan. Strategi yang memberi tumpuan kepada nilai menonjolkan penjimatan kos atau ketahanan produk berbanding produk lain.  Inovasi produk dan servis memberi tumpuan kepada kualiti dan reka bentuk produk yang akan mewujudkan persepsi bahawa tidak ada pengganti lain yang terdapat di pasaran.  Walaupun pesaing mungkin mempunyai produk yang sama, inovasi p

BAGAIMANA JALANKAN PEMASARAN PERNIAGAAN KEBAB?

Secara umumnya, pemasaran merupakan nadi kejayaan perniagaan. Kebanyakan aspek perniagaan anda bergantung kepada pemasaran yang berjaya. Secara keseluruhan, pemasaran meliputi pengiklanan, perhubungan awam, promosi dan jualan.   Pemasaran adalah proses yang mana produk atau perkhidmatan diperkenalkan dan dipromosikan kepada bakal pelanggan. Tanpa pemasaran, perniagaan anda mungkin menawarkan produk atau perkhidmatan terbaik dalam industri anda, tetapi tidak ada pelanggan berpotensi anda yang tahu mengenainya.  Tanpa pemasaran, jualan mungkin tiada dan akhirnya akan menyebabkan perniagaan anda ditutup. Kenalpasti apakah produk utama yang ingin anda ketengahkan untuk menjadi fokus pemasaran. Anda boleh mulakan dengan menawarkan produk yang mempunyai harga lebih rendah berbanding dengan produk anda yang lain. Unit kuantiti yang kecil juga boleh digunakan untuk kempen promosi anda. Pelanggan dan pengguna akan fokus untuk mencuba terlebih dahulu produk anda dalam kuant

APAKAH TUJUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN KEBAB?

Apakah tujuan anda memulakan perniagaan kebab ini? Tujuan utama perniagaan adalah memberi nilai dan manfaat kepada pelanggan dan penggunanya. Namun, apakah tujuan dari perspektif yang lain? Setiap perniagaan harus mempunyai gambaran jelas dan ringkas tentang tujuannya untuk menyampaikan mesej tujuan keberadaan perniagaan tersebut kepada pelanggan dan penggguna. Jom baca tujuan perniagaan kebab dari pelbagai perspektif lain agar makna tujuan perniagaan anda menjadi lebih jelas. Hidup akan dijalani sekali oleh semua orang termasuk anda yang sedang membaca artikel ini. Pada suatu ketika anda akan tanyakan kepada diri sendiri “Apa yang saya lakukan?”. Pada masa ini, anda akan berasa tidak jelas dengan matlamat dan tujuan anda menjalankan kehidupan. Motivasi seakan hilang. Ini disebabkan anda sedang melakukan sesuatu yang tidak anda minati dan melakukan dalam keterpaksaan. Terdapat beberapa peniaga kebab sedia ada turut mengalami perasaan yang sama sebelum me

PENGURUSAN MASA PERNIAGAAN KEBAB SEPARUH MASA

Pengurusan waktu semasa menguruskan perniagaan adalah sangat penting supaya anda dapat menjadi produktif dan memberikan hasil yang maksima. Apatah lagi sekiranya anda menjalankan perniagaan secara separuh masa semasa anda masih lagi berkerja. Justeru pengurusan waktu harus dirancang dengan sebaik-baiknya agar anda dapat memanfaatkan setiap waktu dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan dan juga perniagaan anda. Ini seiring dengan pepatah ‘Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal’! Situasi bagi yang berkerja sepenuh masa akan mempunyai jadual berkerja dari hari Isnin hingga Jumaat dan mempunyai jadual harian yang sudah ditetapkan.  Walaubagaimanapun, anda perlu membuat jadual usahawan sambilan yang sesuai dengan nature kerja sepenuh masa anda agar anda mendapat hasil yang hebat dalam kedua-dua bidang kehidupan anda. Untuk mendapatkan sesuatu anda harus bersedia untuk mengorbankan sesuatu. Sekiranya anda memilih untuk menjadi usahawan sambilan

5 LANGKAH MENJADI USAHAWAN PELAJAR DALAM PERNIAGAAN KEBAB

Keperluan dan kehendak pada masa kini yang memerlukan kos tambahan sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.  Kenaikan harga barang yang berbentuk keperluan dan kehendak berlaku dengan lebih cepat. Seperti contoh, perubahan harga minyak yang berlaku setiap minggu pada masa ini. Kenaikan barang sebanyak 10% hingga 20% setiap tahun merupakan perkara yang sudah dapat dijangkakan. Justeru terdapat sebahagian golongan pelajar yang telah mengambil tindakan untuk mengubah keadaan diri sendiri melalui bidang perniagaan. Adakah anda sebahagian dari mereka? Atau anda nak jadi seperti mereka yang sudah pun memulakan perniagaan dan mula melakukan pelaburan pasif seawal usia 20 tahun? Jom baca bagaimana pelajar boleh memulakan perniagaan kebab secara separuh masa. Setiap individu pasti mempunyai potensi diri. Ianya samada sudah dikenalpasti atau masih tersimpan di dalam setiap individu. Anda hanya perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil peluang

BAGAIMANA BERTINDAK DENGAN KONSISTEN?

Tindakan yang konsisten merupakan sikap dan kebiasaan yang paling mencabar untuk dilaksanakan. Namun sekiranya anda sebagai seorang peniaga dapat menguasi sikap konsisten dan menjadikan sikap ini sebagai kebiasaan harian, insyaAllah anda merupakan orang yang berjaya dan memperoleh keuntungan.   Latihan untuk menjadi konsisten memerlukan waktu yang tidak sebentar. Anda boleh memulakan sikap konsisten dengan menetapkan sesuatu tindakan yang khusus dan bersifat realistik.  Beri fokus untuk mencapai beberapa matlamat kecil, hadkan kepada 3 matlamat kecil yang akan membawa anda mencapai matlamat utama anda. Sebagai contoh anda perlu membuat hebahan kepada 1000 orang sebelum anda dapat menjual kepada 100 orang. Sentiasa nilai pencapaian anda setiap hari supaya anda tidak menunggu hingga akhir bulan dan terlambat membuat tindakan pembetulan.   Bersikap konsisten memerlukan kemahuan yang jelas untuk dicapai berserta dengan pilihan yang akan membantu anda mencapai m